[Sila baca sini : Kenali tanda-tanda awal serangan stroke]
Mengenal penyakit stroke, mulai dari gejala, penyebab dan cara pencegahan. Ketahui sedikit sebanyak mengenai stroke ini agar kita dapat mengenali simptom2 ke arah serangan stroke ini.
Apa itu stroke?
Apa itu stroke? Stroke sebenarnya adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.
Haaa..menakutkan kan? Serangan stroke ni boleh menyerang dimana sahaja dan sesiapa sahaja.
Kajian mendapati jumlah penderita stroke di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Ada yang meninggal dunia disebabkan serangan stroke dan ada juga yang terselamat tetapi menderita kerana mengalami kecacatan., hilang keupayaan kekal. Ramai juga penderita serangan stroke ini lumpuh dan tak berupaya menjalani kehidupan seperti sediakala. Justeru itulah..pentingnya kita mengkaji sedikit sebanyak punca dan penyebab berlakunya serangan stroke..sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko SERANGAN STROKE.
Punca Stroke
1. Faktor risiko medik
Faktor risiko medik yang menyebabkan atau meningkatkan risiko stroke antara lain adalah disebabkan masalah hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan pada jantung, diabetes, riwayat stroke dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain yang teruk(sakit kepala sebelah sahaja). Menurut data statistik 80% penyebab stroke adalah hipertensi dan arteriosklerosis. Kebanyakan mereka yang diserang stroke mengalami masalah ini.
Faktor risiko perilaku pula disebabkan oleh gaya hidup dan juga pola pemakanan yang tidak sihat seperti kebiasaan merokok, mengambil minuman bersoda dan beralkohol serta gemar makanan fast food dan junk food. Makanan-makanan ini banyak bahan pengawet, pewarna dan juga perisa makanan. Faktor risiko perilaku yang lainnya adalah seperti kurang aktiviti fizikal seperti senaman.
Selain itu, salah satu punca yang turut menyumbang kepada masalah ini adalah STRESS. Haa…jadi jangan stress-stress ye. Bukan tak boleh stress tapi jangan stress yang keterlaluan..ini boleh menyebabkan hati tak tenang..keadaan keseimbangan hormone juga boleh terganggu. Selain itu boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.
Tanda-tanda serangan stroke
Jangan pandang remeh sebarang tanda-tanda yang dialami seperti di bawah
Tanda-tanda utama serangan stroke :
- • Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
- • Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
- • Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
- • Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
- • Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.
- Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:
- • Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
- • Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan
Kebiasaannya, untuk menghindari stroke seseorang perlu mengubah gaya hidup supaya lebih sihat Berikut adalah 10 langkah yang dapat anda lakukan untuk menghindarkan diri dari serangan stroke.
Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan membuat darah Anda menjadi mudah menggumpal.
Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan ekstra. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah anda secara teratur.
3. Kendalikan penyakit jantung sekiranya ada
Jika anda mengalami masalah gangguan pada jantung ataupun mengalami masalah kolesterol tinggi, anda perlu lebih berhati-hati kerana DUA penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stroke.
4. Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin
Stres dan depresi dapat menggangu keseimbangan tubuh badan.
5. Makanlah secara sihat.
Amalkan makan gaya sihat. Iaitu perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras .
6. Kurangkan pengambilan garam
Kerana garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat.
7. Pantau berat badan Anda
Sekiranya anda memiliki badan yang gemuk atau obes, risiko Anda mengalami tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi..selain itu turut menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan diabetes, dan semua ini boleh menyebabkan terjadinya stroke.
8. Bersenam
Lakukan aktiviti fizikal seperti melalukan senaman dengan lebih kerap. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar.
9. Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS BERHENTI
Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak..justeru.elakkan minuman ini untuk mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi
10. Mencari Informasi Stroke
Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan stroke..apa punca dan symptom-simptom terjadinya stroke. Berhati-hati dengan pengambilan pil-pil ataupun ubat-ubatan yang dijual dipasaran. Contoh terkini adalah pil kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah. Bahaya sungguh..jadi pastikan pil-pil yang anda ingin ambil betul-betul selamat.
Setiap penyakit ada ubatnya..dan setiap penyakit ada tanda-tandanya..justeru..berwaspada terhadap sebarang simptom yang berlaku pada diri kita..
Kesimpulannya…amalan gaya hidup yang sihat boleh mencegah pelbagai jenis penyakit.
Ingin Tahu Tips Kekal Sihat KLIK SINI
No comments:
Post a Comment